Posts

Showing posts with the label Yahudi

Perkuburan Yahudi Di Pulau Pinang

Image
PERKUBURAN YAHUDI DI PULAU PINANG Tanah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1805 dan adalah dipercayai ia merupakan tanah perkuburan Yahudi yang tertua di Malaysia.[8] Berukuran 38,087 kaki persegi, ia terletak di Jalan Zainal Abidin (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Yahudi). Kubur tertua di kawasan perkuburan tersebut bertarikh 9 Julai 1805 dan ia dimiliki oleh Puan Shoshan Levi. Dianggarkan terdapat 106 buah kubur dan kubur yang terbaru disitu adalah ketika tahun 1978. Boleh dikatakan, tanah perkuburan ini dibina khusus untuk maysarakat Yahudi di sini. PINTU MASUK: PERMANDANGAN DARI DALAM: SALAH SATU BATU NISAN: PLAK PERINGATAN: SUMBER: Wikipedia

Sejarah Penduduk Yahudi Di Malaysia

Image
SEJARAH ORANG YAHUDI DI MALAYSIA Yahudi Malaysia adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara ini. Sejumlah yang kaum ini pernah hidup secara terbuka di negeri Pulau Pinang sehingga ke arah akhir 1970-an. Mereka juga pernah menduduki di tempat lain di negara ini terutamanya di Negeri Sembilan dan Melaka. Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi. Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah Melayu (yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia) bermula pada sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum ini dijumpai di Bazar Kosmopolitan, Melaka. Kemunculan Yahudi Baghdad di Pulau Pinang berkemungkinan besar disebabkan oleh kemajuan perniagaan dan perdagangan yang...